Hari Ahad, 10 Muharram 1447H bersamaan 06 Julai 2025M
Kementerian Pembangunan telah mengadakan aktiviti Riadah Berjalan Kaki yang membawa tema “Walk
as One, Work as One” di Taman Rekreasi Tanjung Batu, Muara.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji
Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
“Walk as One, Work as One” menggambarkan semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan
warga Kementerian. Ia menyeru agar semua melangkah dan bekerja secara sepasukan, saling
menyokong, serta bergerak ke arah matlamat yang sama demi kejayaan organisasi dan kesejahteraan
bersama.
Seramai 200 warga yang terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta
Jabatan-Jabatan dibawahnya hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi acara tersebut. Acara dimulakan
dengan bacaan surah Al-Fatihah serta doa selamat, dan diteruskan dengan riadah berjalan kaki sejauh
1.2 kilometer.
Sebagai usaha Kementerian ini dalam sama-sama menjaga kebersihan kawasan berkenaan, aktiviti
riadah berkenaan diselajurkan dengan kempen kebersihan yang diharap akan dapat meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar serta memupukkan rasa tanggungjawab
dalam bersama-sama menjaga kebersihan di tempat awam di kalangan warga Kementerian. Sebanyak
250 kilogram sampah yang terdiri daripada botol plastik, beg plastik, bungkusan makanan, penyedut
minuman dan pukat ikan yang terbiar berjaya dikumpul semasa kempen kebersihan tersebut. Kesemua
sampah tersebut telah dilupuskan dengan selamat dan teratur selepas acara berakhir.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan
Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Awang Haji
Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan Dan
Profesional) Kementerian Pembangunan; dan Yang Mulia Ir. Awang Norazmi bin Othman, Pemangku
Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta
pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
Acara yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal serta Jabatan
Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan bagi
mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta JabatanJabatan di bawahnya.
